KISAH NABI DAUD AS.

Pemuda Oria bin Hannan sudah meningkat ke umur remajanya.
Badannya sihat. kuat dan segar bugar, baik rupa dan
tampannya. Tiada pula kekurangan dalam penghidupannya.
Sungguhpun begitu, dia selalu tampak gelisah saja, sering pula
dia duduk mengelamun. Tidak lain yang menggoda fikirannya
yang menyebabkan dia sering mengelamun itu, ialah cita cita
baru yang timbul dalam hatinya, cita cita yang datangnya keras
maha dahsyat, iaitu cita cita ingin mempunyai teman hidup.
Kenapa hal ini menyebabkan dia gelisah dan mengelamun?
Bukankah di kalangan orang sekampung dan bangsanya sendiri
banyak gadis gadis yang tidak keberatan berkahwin dengan dia,
kalau dia mahu?
Yang menyebabkan gelisahnya, bukanlah kerana kekurangan
gadis, tetapi adalah kerana banyaknya anak anak gadis itu. Dia
menginginkan seorang gadis yang paling cantik dan manis, yang
paling menarik hatinya. Menetapkan yang paling cantik dan
menarik inilah yang sangat ia susahkan dan inilah yang
menyebabkan dia melamun dan gelisah itu.
Kegelisahan ini tidak dibiarkannya lama. Dia bangun dari
lamunannya, berdiri dan berkata kepada dirinya: Dengan
sekadar mengelamun saja, tidak akan menamatkan perjuangan
batinku ini. Lebih baik kumulai hari ini juga berjalan dan terus
berjalan mencari pemudi yang secocok dengan kehendak hatiku.
Siapa tahu, bahawa di sana di bawah lingkaran langit yang biru
ini, ada seorang yang dapat memenuhi hasrat hati, yang secocok
dengan syarat mutlak yang terguris dalam kalbuku ini.
Tidak lama dia berjalan mencari cari itu, dengan takdir Allah,
pada suatu hari di sebuah tempat, panah asmara yang
tersembur dari matanya sendiri jatuh tertambat di wajah
seorang gadis dari kaumnya juga, bernama Sabiq binti Syaik.
Dalam pandang pertama yang lamanya hanya sekejap itu, Oria
bin Hannan melihat, lalu menimbang, lantas mengusul, akhirnya
memutuskan dalam hatinya, bahawa inilah dia gadis yang dicari
carinya itu.
Memang pilihannya tidak salah lagi. Memang Sabiq adalah
seorang gadis yang cantik jelita, termasuk gadis gadis yang
mulia di negerinya, tenang dan dalam pula pemikirannya, Yang
semua itu, kalau dikirakan akan menambah molek dan jelitanya
pula, dengan pandangan lahir, apalagi dengan batin manusia
yang melihatnya.
Segera dia datang kepada famili gadis itu. Pinangan dan
lamarannya disambut dengan tangan terbuka dan dada yang
lapang. Perkahwinan antara kedua merpati itu segera
berlangsung. Hasrat pemuda kita itu segera terkabul, sehingga
dunia yang selama ini gelap dalam pandangannya, menjadi sinar
diterangi surya bahagia rumahtangganya.
Dalam kedua suami isteri itu sedang hidup dengan asyik dan
masyuknya, seakan akan selalu dalam bulan madu, tiba tiba
Raja Daud mengumumkan adanya bahaya dari luar. Pemuda
pemuda Israel diperintahkan untuk mencatatkan diri menjadi
tentera pembela tanahair dan agama, untuk menghadapi perang
dan jihad dalam jalan Allah.
Berat hati pemuda Oria bin Hannan untuk melangkahkan kakinya
ke medan perang, yang mungkin menjadi medan maut di kala
dia sedang terpaku di tengah tengah alam bahagiaraya di
samping isterinya yang dicintainya itu. Takut dia kalau lama dia
tidak dapat pulang, lebih takut lagi kalau dia mati syahid
dimedan perang. Bagai manakah isterinya tinggal tanpa dia dan
14. KISAH NABI DAUD
2
bukankah keduanya sudah begitu asyik, sehingga terpisah
sebentar sajapun sampai menguraikan airmata?
Tetapi kewajipan terhadap tanahair dan agama, adalah
kewajipan yang berdiri atas segala kewajipan. Kewajipan yang
harus ditunaikan sekalipun akan menyebabkan membanjirnya
airmata dan darah sekalipun. Oria bin Hannan terjunkan dirinya
dalam ketenteraan dan terus dikirimkan kemedan perang
menghadapi serangan musuh yang kuat. Pertempuran terjadi
dan berkobar dengan hebatnya. Pertempuran demi pertempuran,
silih berganti tidak ada putus putusnya. Kerana sama sama
kuatnya, maka perang itu bukan berjalan dalam satu dua hari
saja, tetapi puluhan dan ratusan hari, belum juga berkesudahan.
Fikiran Oria bin Hannan sehabis tiap tiap pertempuran yang
dihadapinya, selalu terbang melayang kerumah kepada isterinya.
Kewajipan dijalankan sebaik baiknya, dengan harapan dan doa
yang saban waktu diucapkannya kepada Tuhan, mudah
mudahan perang lekas berakhir dengan kemenangan yang gilang
gemilang bagi negeri dan agamanya. Tetapi perang tidak
kunjung berhenti, malah semakin sengit.
Takdir Tuhan menentukan, bahawa pada suatu hari mata Raja
Daud, Nabi Yang Mulia ini terpandang kewajah pemudi Sabiq bin
Syaik, isteri pemuda Oria bin Hannan, hati Nabi Daud bergetar
dibuatnya, ingin mempersunting jelita itu menjadi isterinya pula.
Dengan segera Daud mengajukan lamaran pada keluarga Sabiq.
Siapakah gerangan yang akan menolak lamaran dari seorang
Nabi Yang Mulia, raja yang besar seperti Daud itu? Raja dan Nabi
yang terbesar di seluruh dunia di kala itu, apalagi suami Sabiq
sendiri sudah lama benar tidak terdengar beritanya, mungkin
tewas atau lainnya.* Perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq binti
Syaik segera pula terjadi, dengan riang gembira bagi Daud dan
keluarga sendiri. Tetapi di sana dibawah ufuk yang tinggi, ada
seorang pemuda yang mendengar terjadinya perkahwinan ini,
sebagai pukulan yang hebat menimpa dirinya, pukulan yang
menghancurkan segala sendi dan urat sarafnya, menembus
jantung dan kalbunya.
Sejak perkahwinan dengan Sabiq binti Syaik ini, Nabi Daud lebih
gembira dalam menjalankan tugasnya sebagai raja dan Nabi
Allah. Rencana pekerjaannya ditetapkan dan diatur begitu rupa,
sehingga segala galanya berjalan dengan lancar dan baik.
Rencana itu ialah dengan membahagi waktunya kepada empat
pembahagian. Bahagian pertama untuk kepentingan dirinya
sendiri, hari kedua untuk kepentingan kepada Tuhannya, hari
ketiga untuk menghukum dan menyelesaikan urusan urusan
ummat dan hari yang keempat untuk mengajar dan memimpin
rakyat ke jalan yang dikehendaki oleh Allah. Begitulah dijalankan
seterusnya oleh Daud.
Sebagai raja besar dan Nabi Mulia, rumah Daud selalu dijaga
oleh penjaga penjaga dan tentera. Tidak seorang juga
dibolehkan masuk menemui Daud, sebelum mendapat izin dari
penjaga dan sesudah dibenarkan oleh Daud sendiri dan tidak
seorang juga yang diperbolehkan masuk, kalau tidak sepadan
dan sesuai dengan rencana pekerjaan yang sudah ditetapkan
oleh Daud itu. Di hari dia beribadat, siapa juga tidak diizinkan
masuk untuk mengadukan perkara. Begitulah seterusnya, pada
suatu hari ada dua orang lelaki yang tidak ada bezanya dengan
lelaki lain, minta izin masuk kepada penjaga penjaga itu, untuk
bertemu dengan Daud. Setelah aturan itu diterangkan oleh
penjaga, tetapi kedua orang lelaki ini mendesak mahu bertemu.
Bagaimana juga desakan dan permintaannya ini, tidak dapat
dikabulkan oleh penjaga penjaga itu. Tetapi hairan, keadaan
yang sangat luar biasa, yang belum pernah terjadi. Dengan
14. KISAH NABI DAUD
3
keadaan pintu tertutup, tiba tiba kedua orang itu sudah sampai
saja di hadapan kamar Nabi Daud, lantas masuk menemui Daud.
Memang kedua lelaki itu bukanlah manusia biasa, keduanya
Malaikat yang diutus Allah berbentuk manusia untuk mendatangi
Daud dan memberikan peringatan dan pengajaran kepada Daud.
Alangkah terkejutnya Daud dengan kedatangan kedua tamu itu
ke dalam kamarnya sendiri, sedang dia sendiri tidak pernah
mengizinkan masuknya kedua orang itu.
Kedua Malaikat itu segera duduk di dekat Daud dan berkata:
Jangan takut hai Daud, kami ini dua orang bersaudara yang
bertentangan satu sama lain. Maka berilah kami hukuman yang
benar, atas pertentangan dan perselisihan kami, tetapi jangan
dihukum dengan cara yang tidak adil. Tunjukilah kami kepada
jalan yang sebaik baiknya.
Daud tidak dapat menolak perkara yang sudah ada
dihadapannya itu, sekalipun hari itu bukan harinya perkara. Dia
bersiap untuk menjatuhkan putusan hukum terhadap dua orang
yang berselisih itu. Setelah mendengarkan keterangan
keterangan yang diperlukan dalam perkara ini, akhirnya seorang
diantara kedua orang itu berkata kepada Daud: Saudara saya ini
mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing dan saya
hanya mempunyai seekor kambing. Tetapi saudara saya ini
menuntut kepada saya untuk mengambil kambing saya itu, agar
kambingnya genap menjadi seratus, sedang saya tak
mempunyai kambing sama sekali. Tuntutan ini sudah beberapa
kali saya tolak, tetapi dia membantah dengan kata kata yang
fasih, sehingga saya kalah tentang kefasihannya itu.
Setelah mendengarkan itu semua, Daud lalu menghadapkan
mukanya kepada yang seorang lagi dan bertanya kepadanya
tentang duduk perkara yang sebenarnya. Orang itu menjawab,
bahawa memang dia sudah mempunyai sembilan puluh sembilan
ekor kambing dan lagi seekor kepunyaan saudaranya itu, agar
cukup kambingnya berjumlah seratus ekor.
Mendengar keterangan itu, merah padamlah muka Nabi Daud
kerana marahnya; dengan badan gementar dan suara yang
keras, dia berkata kepada orang yang menuntut itu: Tuntutanmu
itu tidak baik, kalau engkau tetap menuntut begitu, akan kami
pukul dahi dan hidungmu itu.
Baru saja Daud berkata demikian Malaikat itu berkata:
Engkau seharusnya yang lebih baik dipukul, sebab engkau sudah
mempunyai sembilan puluh sembilan orang isteri, lantas
mengambil isteri Oria bin Hannan yang hanya mempunyai isteri
seorang itu saja.
Mendengar kata kata yang terang dan tepat itu, Nabi Daud
tunduk kepalanya, gementar badannya, terbuka kepadanya
hakikat keadaan yang dihadapinya itu, bahawa yang dihadapinya
itu adalah dua orang Malaikat yang diutus Allah untuk
membetulkannya dan menunjukinya. Daud lalu tunduk dan sujud
minta ampun kepada Tuhan, atas kekeliruannya, Allah segera
memberi ampun dan taubat buat Daud, dengan berkat petunjuk
petunjuk dan peringatan peringatan dari Allah Taala.
Tuhan memperlihatkan kepada manusia dan Daud sendiri,
bahawa baik soal kecil apa lagi soal besar, tetap diperhatikan
oleh Allah. Bukan saja terhadap manusia biasa, tetapi juga
terhadap orang orang pilihan Allah, Nabi nabi Mulia dan Rasul
rasul yang Suci, dengan tidak diperbezakan sedikitpun antara
Nabi dan manusia biasa, antara raja dan rakyat biasa. Hanya
bezanya, para Nabi itu senantiasa dapat menerima ajaran Allah
14. KISAH NABI DAUD
4
dan menjalankannya dengan baik dan patuh, sedang manusia
biasa kadang kadang engkar dan tidak ambil peduli semua
petunjuk yang baik baik itu.
Berbagai bagai pendapat telah dikemukakan para ahli
tafsir mengenai cerita perkahwinan Nabi Daud dengan
Sabiq ini. Ada yang mengatakan bahawa Nabi Daud
mengahwininya setelah yakin bahawa suaminya telah
lama mati di medan perang. Pendapat yang lain
mengatakan pula bahawa setelah suami Sabiq hilang
tanpa berita demikian lama, maka di anggaplah talaknya
telah gugur, barulah dikahwini Nabi Daud. Ada juga yang
mengatakan bahawa peraturan zaman itu tidak melarang
seorang lelaki melamar seorang perempuan yang telah
bersuami asalkan si perempuan itu ingin kepada lelaki
yang melamarnya, lalu di mintakan fasakhnya. Bahkan
ada pula para mufassir yang menolak sama sekali berita
perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq itu dan dianggap
berita itu sebagai cerita cerita dongeng israeliyat yang tak
patut dipercayai juga.
PERISTIWA HARI SABTU
Sejak dahulu sudah ditetapkan Allah satu hari dalam se minggu,
di hari semua orang diwajibkan berkumpul menjalankan ibadat
bersama sama dan menerima tuntunan Allah dengan
perantaraan Nabi dan RasulNya masing masing. Tetapi entah
kerana apa, di zaman Nabi Musa kaum Bani Israel sama
bermohon, agar hari itu dijadikan hari Sabtu saja.
Keinginan mereka ini dikabulkan oleh Allah dan sudah tetaplah
menurut syariat Nabi Musa, bahawa hari Sabtu itu adalah hari
istimewa, hari mana setiap orang tidak boleh bekerja, tetapi hari
itu dikhaskan hanya semata-mata untuk menyembah Allah,
untuk bersyukur kepada Tuhan dan hari menerima pelajaran
Tuhan atau agama.
Begitulah telah menjadi adat, syariat dan tradisi bagi Bani Israel,
sejak zaman Nabi Musa sampai ke zaman Nabi Daud a.s. Di
sebuah kampung yang terletak di pinggir Lautan Merah,
bernama kampung Allah, di mana tinggal bangsa keturunan Bani
Israel juga. Mereka juga menjalankan syariat yang menjadikan
hari Sabtu itu semata-mata untuk beribadat saja.
Kerana adat dan syariat yang sudah turun temurun begitu lama,
di mana tidak seorang juga di antara manusia yang pergi ke
ladang membajak, tidak seorang juga pergi ke pasar berniaga,
tidak seorang juga pergi ke laut menangkap ikan, maka syariat
Bani Israel itu menyebabkan timbulnya sebuah tradisi pada ikan
yang hidup di dalam laut di sekitar desa itu.
Tidak begitu jauh dari pantai di desa itu, ada dua buah batu
besar yang putih warnanya di dalam laut. Saban hari Sabtu,
bukan main banyaknya ikan ikan besar yang lalu dan bermain
main di antara dua buah batu besar itu. Rupanya ikan ikan
itupun sudah tahu, bahawa kalau mereka berman main di situ
pada hari Sabtu, tidak seorang juga manusia yang menangkap
mereka, sedang di hari-hari yang lain, tidak ada se ekor pun di
antara ikan ikan itu yang muncul di situ, kerana bila ada se ekor
saja, sudah pasti akan ditangkap oleh manusia untuk menjadi
makanannya yang paling enak. Di hari hari selain hari Sabtu
mereka hampir seluruhnya pergi ke laut menangkap ikan.
Dari hari ke sehari, tahun ke tahun, makin banyak juga ikan ikan
besar Lautan Merah yang melancung pada tiap hari Sabtu ke
antara dua batu besar itu. Hal ini akhirnya menerbitkan selera
14. KISAH NABI DAUD
5
bangsa Bani Israel yang tinggal di desa itu.
Nafsu tamak dan keinginan untuk memakan daging ikan yang
besar-besar itu, menyebabkan mereka lupa kepada ajaran
agama mereka sendiri. Mereka berkumpul bermesyuarat,
bertukar fikiran. Mereka berkata: Kenapa kita biarkan saja ikan
ikan besar sebanyak itu berkeliaran di hadapan kita di hari Sabtu
ini. Sedang di hari hari lainnya, kita bermati matian ke tengah
laut yang luas mencari ikan dengan bersusah-payah, kadangkadang
dengan mengorbankan jiwa kita sendiri. Alangkah
baiknya kalau di hari Sabtu itu, kita tangkap semua ikan yang
lalu antara dua buah batu itu, kita pasti akan mendapatkan ikan
sebanyak banyaknya dengan jalan yang amat mudah.
Fikiran ini lekas diterima oleh lain-lain orang di kampung itu,
kecuali beberapa orang saja yang tetap beriman dan tidak sudi
melanggar aturan agama.
Begitulah setiap hari Sabtu penduduk kampung itu bersama
sama menangkap ikan di antara dua buah batu besar itu dengan
mudah sekali. Hasil mereka sehari itu jauh lebih banyak dari
hasil mereka di hari hari lainnya yang enam hari itu.
Alangkah senang hati mereka mendapat akal yang demikian itu.
Dengan akal ini, maka hari Sabtu itu sudah mereka robah, bukan
untuk menyembah Allah lagi, tetapi mereka jadikan hari
melupakan Allah, hari beriang gembira, makan makan besar
dengan ikan ikan besar yang mereka dapati di hari Sabtu yang
istimewa itu. Di hari Sabtu itulah mereka makan seenak enaknya
dan sebanyak banyaknya, dengan daging ikan ikan besar yang
berbagai-bagai pula macam ragamnya.
Setelah pekerjaan mereka itu diketahui oleh orang orang yang
beriman, mereka memberikan nasihat kepada yang melanggar
aturan agama itu. Tetapi nasihat ini tidak masuk lagi ke dalam
hati mereka. Akhirnya oleh golongan yang beriman, diadakan
tindakan kekerasan untuk menginsafkan orang orang yang
sudah sesat itu. Dengan kekuatan senjata, mereka jaga agar
jangan sampai ada seorang juga di antara penduduk yang
menangkap ikan di hari Sabtu itu.
Tetapi mereka yang ingkar dan sesat itu sama sama memprotes
keras: Kampung ini bukan kepunyaanmu saja, kami juga turut
berhak atas kampung ini. Tetapi kenapa kamu melarang kami
berbuat apa yang kami inginkan di kampung kami sendiri? Kami
merdeka berbuat itu semua, apalagi mencari rezeki yang berupa
makanan itu. Atau kalau kamu tidak suka kami mengerjakan apa
yang kami perlukan, lebih baik kampung ini kita bagi dua saja.
Setengahnya untuk kami, kami merdeka berbuat apa saja yang
kami kehendaki di kampung bahagian kami dan setengah lagi
untukmu dan kamu merdeka pula berbuat apa saja yang kamu
kehendaki atasnya.
Untuk menghindarkan selisih dan pertumpahan darah, orang
orang yang beriman akhirnya suka kalau kampung itu di bagi
antara kedua golongan itu. Kampung itu lalu di bagi dua. Kedua
golongan disetiap kampung itu, kini merdeka berbuat
sekehendak hati masing masing. Golongan yang sudah sesat itu
berkecimpungan dengan keingkaran, mereka telah melupakan
Tuhan dan makan makan besar setiap hari Sabtu, yang oleh
Allah telah ditetapkan hanya untuk beribadat kepadaNya itu.
Adapun orang-orang yang beriman selalu menasihatkan kepada
sesama mereka, agar jangan meniru perbuatan salah dari orangorang
yang sesat itu, kerana itu akan berakhir dengan dosa dan
petaka yang diakhiri dengan seksaan Allah yang sebesarbesarnya,
Setelah semua anjuran itu oleh golongan yang sesat
itu tidak di acuhkan sama sekali, akhirnya perbuatan mereka itu
14. KISAH NABI DAUD
6
dibiarkan saja, diserahkan kepada Tuhan saja untuk
menghukumnya.
Tetapi Nabi Daud tidak mahu membiarkan begitu saja orang
melanggar perintah Allah. Nabi Daud terus menerus menasihati
mereka, agar mereka kembali kepada ajaran Nabi dan
agamanya. Tetapi mereka hanya menggelengkan kepalanya,
bahkan mengejek ejek.
Akhirnya Nabi Daud tidak dapat membiarkan dan tidak dapat
pula memberi nasihat lagi. Masalah ini diserahkannya kepada
Allah semata mata, dengan doa agar Allahlah yang mengajari
orang orang yang sudah sesat itu.
Orang-orang yang ingkar itu rupanya menjadi semakin ingkar
dan semakin tamak dalam hidupnya, akhirnya mereka
mengerjakan segala macam dosa dan noda dalam hidupnya.
Tabiat mereka berubah menjadi saperti kera atau beruk, tidak
tahu akan halal dan haram, tidak kenal akan permatang atau
pagar. Akhirnya bukan hanya tabiatnya saja yang jelek begitu
rupa, tetapi rupa dan bentuk mereka juga jadi memburuk. Tabiat
yang kasar dan dosa yang terlalu banyak, telah merobah bentuk
rupa mereka juga, menyerupai kera atau beruk, menjadi
binatang lata.
Pada suatu hari terjadilah gempa besar di desa itu. Dengan
gempa besar itu, semua kaum Mukminin, sama keluar dari
rumah rumah mereka minta perlindungan dari Allah. Adapun
orang orang yang sudah sesat itu, masih tetap makan-makan
besar dengan hasil penangkapan ikan mereka di hari Sabtu itu.
Akhirnya datang lagi gempa yang kedua, ketiga, keempat
berturut turut tidak putus putusnya, yang semakin hebat dan
dahsyat juga. Dengan gempa dahsyat itu, lenyaplah semua
orang yang ingkar itu terpelanting ke dalam laut, di timpa oleh
batu batu dan rumah rumah yang runtuh, sedang orang orang
yang beriman tetap selamat, berkat perlindungan dari Allah
s.w.t.

Selengkapnya..
>